Index»
dakwaan
»
jmm
»
nafi
»
suaram
»
Suaram nafi dakwaan JMM
Suaram nafi dakwaan JMM
Sabtu, 22 Februari 2014
Wartawan Sinar Harian
5 Oktober 2012
5 Oktober 2012
SHAH ALAM -Suara Rakyat Malaysia (Suaram) menafikan dakwaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) kononnya memberi sogokan kepada pegawai kerajaan ertujuan mengumpul maklumat berkaitan keselamatan dan rahsia kerajaan.
Pengarah Eksekutifnya, Nalini Elumalai berkata, Suaram mencabar JMM membuktikan dakwaan mereka atau membuat permohonan maaf dan menarik balik dakwaan jika gagal berbuat demikian.
“Ia jelas dakwaan karut. Sehingga ke tahap ini, Suaram masih disiasat oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan agensi-agensi lain dan memberikan kerjasama penuh kepada mereka atas dasar menghormati kedaulatan undang-undang.
“Kami mencadangkan kepada semua pegawai yang dikatakan disogok oleh Suaram untuk bangkit dan bertindak terhadap dakwaan JMM,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Nalini berkata, Suaram berikrar menentang pihak yang cuba menggugat maruah dan kredibiliti Suaram sebagai pembela hak asasi manusia terkemuka di negara ini.
Related Posts : dakwaan,
jmm,
nafi,
suaram
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar