Index» » » » » » » » » Piala Malaysia – Hai CANTIK Alas Meja FAM

Piala Malaysia – Hai CANTIK Alas Meja FAM

Senin, 24 Februari 2014


KAMI tidak pasti samada mahu menangis atau ketawa tatkala melihat gambar sewaktu sidang media FAM berkenaan Piala Malaysia 2013 yang bakal menyaksikan Kelantan menentang Pahang,  Ahad ini.

Hai FAM, duit jual tiket bukan main banyak, takkan tak ada bajet hendak beli alas meja?

Sekali tengok, dah macam alas meja makan di rumah pula. Sebat kat manalah agaknya tu?

Bukan rupa alas meja yang mahu dipertikaikan sebenarnya, tapi agak-agak kalau dah masuk bab sidang media untuk pertandingan sebegini.

Piala Malaysia bukan pertandingan bola sepak peringkat daerah. Malulah kalau orang luar tengok.
Kalau ini  mesyuarat PIBG sekolah ke, tak adalah orang nak persoalkan.

Nanti tak pasal-pasal, hilang prestij pertandingan semata-mata kerana kes alas meja.  Aduhai..
(Kredit Gambar: Facebook UM’07)

Oleh: ELZA



Tidak ada komentar:

Posting Komentar