Index»
0
»
4
»
ajax
»
benam
»
berjaya
»
hatrik
»
messi
»
Hatrik Messi Berjaya Benam Ajax 4 0

Hatrik Messi Berjaya Benam Ajax 4 0
Selasa, 31 Desember 2013

LIONEL Messi percaya keseimbangan pasukan dimiliki Barcelona merupakan perkara utama yang membantu kelab Sepanyol itu mudah menewaskan Ajax 4-0 pada aksi sulung Kumpulan G, saingan Liga Juara-Juara di Nou Camp, awal pagi tadi.
Messi meledak hatrik menerusi tiga jaringannya pada minit ke-21, 55 dan 75 manakala satu lagi gol Barcelona dijaringkan Gerard Pique minit ke-69.
Namun terdapat persoalan mengapa jurulatih Barcelona, Gerardo Martino membuat keputusan untuk sekadar meletakkan Xavi di bangku simpanan dan hanya dimasukkan menggantikan Cesc Fabregas pada minit ke-71.
Bagi Messi, keputusan Martino itu bakal membantu Barcelona meneruskan saingan Eropah itu dan mendedikasikan kemenangan kepada jurulatihnya itu yang baru kehilangan bapanya, awal minggu ini.
“Kami beraksi lebih baik pada babak kedua. Ia adalah perkara biasa, kami sedang menyesuaikan diri untuk musim ini. Baik untuk memiliki alternatif. Kami memiliki ramai pemain untuk melakukan tugas berbeza dan akhirnya ia berhasil,” kata Messi.
Martino pula tidak mahu menjadikan hal Xavi itu sebagai isu dan berkata beliau akan terus bereksperimen dengan formasinya terutama di posisi tengah sepanjang saingan Eropah musim ini.
“Kami tidaklah beraksi begitu hebat dalam kemenangan 4-0 ini. Tapi kami memang wajar untuk menang kerana pada babak kedua kami menguasai permainan dengan lebih baik. Mengenai Xavi, kami memiliki tiga pemain untuk dua posisi, jadi kami perlu buat penggiliran,” jelas Martino.
Sementara itu, satu lagi aksi Kumpulan G menyaksikan AC Milan berjaya menewaskan Celtic 2-0 di laman sendiri hasil gol sendiri Emilio Izaguirre minit ke-82 disusuli jaringan Sulley Muntari, empat minit kemudian.
Dua aksi dalam saingan Kumpulan H pula menyaksikan Atletico Madrid menewaskan Zenit 3-1 manakala Austria Vienna tewas 0-1 kepada FC Porto.
Related Posts : 0,
4,
ajax,
benam,
berjaya,
hatrik,
messi
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar